________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Sifir 6 - 9

 

 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda tidak perlu menghafal atau mengetahui  kesemua jawapan sifir. 

 

Untuk sifir-sifir yang berikut anda telahpun tahu mengenai teknik mendapatkan jawapan sifir menggunakan teknik-teknik yang diajarkan seperti di atas. Sila ulangkaji terlebih dahulu jika anda lupa atau kurang faham.

 

Perhatikan angka yang diwarnakan dengan warna merah dan hijau. Jawapan adalah serupa jika angkar sifir diterbalikkan seperti yang diwarnakan dengan warna hijau.

________________________________________________________________________

Untuk sifir-sifir seperti dibawah adalah lebih mudah jika kita tahu cara atau teknik yang mudah untuk mendapat jawapan sifir daripada cuba menghafal.

 

Di sini diketengahkan 2 teknik yang mudah untuk mendapatkan jawapan sifir yang mempunyai angka 6 ke atas.

 

Teknik yang pertama adalah menggunakan jari jemari anda disebelah tangan kiri dan tangan kanan.

 

Teknik yang kedua pula akan menggunakan nombor rujukan 10.

 

Perhatikan betapa mudahnya kita boleh mendapat jawapan sifir tanpa perlu menghafal dengan mengguna salah satu dari dua teknik yang akan ditunjukkan.

________________________________________________________________________

TEKNIK NO. 1 :-

 

MENGGUNAKAN JARI UNTUK MENGIRA SIFIR ANGKA 6 – 9  SAHAJA.

________________________________________________________________________
6  X  8

TANGAN

KIRI

 

KANAN

JUMLAH

JUMLAH JARI

DILIPAT ( X 10)

1

+

3

40

JUMLAH JARI

TIDAK DILIPAT

4

X

2

08

 

 

 

 

48

 

 

6  X  8 = 48

________________________________________________________________________

TEKNIK NO. 2

 

 NOMBOR RUJUKAN 10  UNTUK MENGIRA SIFIR

ANGKA 6 – 9

________________________________________________________________________

Apakah yang dimaksudkan dengan nombor rujukan 10?

 

Nombor rujukan 10 lebih sesuai diperjelaskan melalui contoh-contoh di bawah :-

 

 

 

Angka 6

 

Berapakah yang diperlukan ditambah pada angka 6 untuk mendapat jawapan 10 ?

 

Jawapannya adalah 4 atau 10 – 6

 

Angka 7

 

Berapakah yang diperlukan ditambah pada angka 7 untuk mendapat jawapan 10 ?

 

Jawapannya adalah 3 atau 10 - 7

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________